Tuesday, February 24, 2009

SHORINJI KEMPO MARTIAL ART


Shorinji Kempo refers to the Japanese martial art formed by So Doshin in 1947. So Doshin based this martial art on the techniques he had learnt in his 17 years working in China as a special agent for the Japanese government during WWII. This work had brought him into contact with numerous Chinese secret societies, from which he learnt various Chinese fighting arts. "Shorinji Kempo" is the Japanese reading for the Chinese characters "Shaolin Ji Chuan-fa", or fist-method of the Shaolin Temple, and does not refer to the Chinese martial art known commonly as Shaolin Kung Fu in the West - this is referred to as "Shorin Ken", or Shaolin Fist, in Japanese.

Shorinji Kempo adalah seni beladiri dari Jepun yang telah diasaskan oleh So Doshin dalam tahun 1947. So Doshin merupakan seorang berbangsa Jepun, bertugas sebagai agen perisik di Negara China selama 17 tahun semasa perang dunia kedua. Pekerjaan beliau membuatkan beliau berhubung dengan beberapa kumpulan rahsia pertubuhan china dimana pada masa yang sama, beliau telah mempelajari seni mempertahankan diri di Negara China. Shorinji Kempo merujuk kepada (Shaolin Ji Chua- Fa) atau Gaya Pukulan Tinju Kuil Shaolin Jepun dan bukannya Shaolin Kung Fu yang lebih dikenali di Negara Barat.

SHORINJI KEMPO, is wholesome martial art or unarmed combat, combines both the hard techniques ( punches, kicks, blocks ) and soft techniques as well as the application of pressure points – making it most effective for self-defense.


Shorinji Kempo merupakan seni bela diri yang lengkap ataupun bertempur tanpa senjata dimana menggabungkan teknik-teknik keras (tumbukan, tendangan dan bertahan) dan teknik-teknik lembut ( menangkap, mengunci pergerakan) disamping mengaplikasi titik kelemahan yang membuatkan ia berkesan sebagai belaan diri.


Although the potential for learning SHORINJI KEMPO is limitless and years of training could not exhaust it, it is possible to acquire simple basics and a selective practical techniques within in a short period. It does not matter whether you are a security personnel a student or someone who has a martial art background, the techniques that you need to learn do not differ much.


Walaupun potensi untuk mempelajari Shorinji Kempo ini tiada had, dan latihan berterusan tidak akan memenatkan. Kita masih boleh mempelajari teknik-teknik asas dan teknik amali dalam jangka masa yang pendek. Ia tidak akan menjadi masalah samaada anda seorang pengawal peribadi, pelajar ataupun seorang yang mempunyai latar belakang seni bela diri. Teknik-teknik yang anda perlukan untuk belajar tidak banyak berbeza.


Briefly Shorinji Kempo involves basic striking to the pressure points on the human anatomy whereby you do not need much strength to subdue your opponent. You would learn do the eluding techniques and most important of all the twisting techniques of causing momentarily exesuciating, paralyzing pain to muscles, tendon and ligaments. You would be taught to pin and lock your opponent with easier after an almost effortless throw. The surprising wonder of Shorinji Kempo is that you could over-power a bigger and stronger opponent without actually physically injuring him from continuing his offensive move.


Shorinji Kempo melibatkan teknik-teknik pukulan asas keatas titik kelemahan pada tubuh badan manusia. Teknik ini tidak memerlukan seseorang itu menggunakan banyak tenaga untuk menewaskan pihak lawan. Pelatih-pelatih juga akan diajar teknik mengelak dan yang paling penting sekali ialah teknik memulas yang menyebabkan pihak lawan merasai kesakitan yang amat sangat. Kesakitan ini merangkumi otot, urat yang menghubungkan otot ke tulang ( tendon ), dan tisu yang menghubungkan tulang dengan tulang ( ligamen ). Disamping itu, pelatih juga akan diajar teknik menangkap dan mengunci lawan dengan mudah dan membuang pihak lawan dengan berkesan.


Apa yang menarik sekali dalam Shorinji Kempo ialah seseorang itu dapat menewaskan lawan yang lebih besar dan gagah tanpa menyebabkan kecederaan fizikal kepadanya Cuma kesakitan yang amat sangat buat sementara waktu bagi melumpuhkan pihak lawan dari melancarkan gerakan-gerakan yang agresif dan bahaya. Sesuai dengan falsafah Shorinji Kempo yang mengatakan ‘ Seni ini adalah untuk membina manusia bukan untuk membinasakan manusia’ dan ‘ Kasih sayang tanpa kekuatan adalah kelemahan, kekuatan tanpa kasih sayang adalah kezaliman’


video
video
video